Monday, November 21, 2011

6 tip kesihatan yang agak pelik

Pasti anda juga mempunyai pelbagai tips atau lebih mesra dipanggil petua mengenai kesihatan yang agak pelik tetapi ia berhasil. Mungkin sesetengah tips atau petua itu sebenarnya adalah lebih baik daripada menggunakan perubatan moden. Antara 8 tips kesihatan yang pelik adalah..
(1) Demam panas-  Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais dibawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.
(2) Gemuruh- Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada didalam sesuatu situasi, tips terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.
(3) Mengelak luka daripada jangkitan kuman- Mungkin didalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tips terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan.
(4) Menghentikan pendarahan- Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.
(5) Masalah sakit belakang- Sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang, perkara utama yang perlu anda periksa adalah kaki. Apabila kaki sebelah pendek walaupun sedikit, ia mungkin penyebab utama anda menghadapi sakit belakang. Ini keranan kaki yang sebelah pendek akan memberikan tekanan pada bahagian belakang badan untuk mengimbangi badan.
(6) Ketagihan rokok- Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan rokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.

TANIAH MALAYSIA!!!

assalamualaikum....

Taniah buat malaysia kerana masih mempertahankan 'ibu pingat emas' menewaskan indonesia menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat dengan 1-1 pada perlawanan sepenuh masa. masa pernalti pun sebenarnya dah sengit... kalau nak tahu den tengok waktu penalti tu je... hahahaha.. kelakar je...



skuad negara yang telah berjuang

 mase tengok penalti tu blh dikatekan bedebar jugaKlah.. seram sejuk dibuatnyer... adik aku sampai bersenam tengok bola sebabnye sakit hati.. first time rase die tengok bola tu.. baru die tahu kenapa orang laki tengok bola menjerit-jerit alahai jgn kate lelaki ppuan pun ada..



sepakan penalti yang kapten negara iaitu BADDROL BAKTHIAR yang telah membuatkan malaysia menang.. yeahh... cayalah kamu bad...sebenarnya takde apa pun. cume kagum dengan personaliti BB nie.. dia seorang yang bersahaja dan tak belagak.. mula-mula tengok die kena interview b4 berangat ke indon aku tengok die nie bersahaja langsung tak ada riak blagak memegang taktah (btl tak eja nie ek??? confused) kapten. pastu bila tengok metro hari nie pun lagilah orang sibuk bergambar cium pingat die elok kat belakang tu wat ape ntah.. cayalah tak kejar populer gtu... (jgn lepas aku puji2 nie trus kecundak)


nie die baddrol bakthiar tu... 

p/s : kejayaan kontijen negara lebih kepada kemenangan bermoral di jakarta, palembang selepas mendapat layanan kurang mesra penyokong tuan rumah sepanjang temasya.




Sunday, November 20, 2011

tak rugi minum air kosong tapi lagi rugi kalau tak minum

BAHANA KURANG AIR merosakkan organ..!
- nasihat untuk diri sendiri jugaaaa -


Korang pun tahukan , kena minum at least 8 gelas sehari tp sesetgh tu.. ah lantaklah.. badan aku.. minum byk kang, asyik ke toilet jek..

Ada jugak yg rasa badan diorg dh cukup dpt bekalan air.. ye la dengan kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbornat yang korg ambil sepanjang hari.

Ramai yang anggap ambil air suam/masam/kosong/putih/mati - apa pun yg korang panggil tak penting!!

Secara purata lah, badan kita hilang hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa yg sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Kena ganti Segera!!

Itu kehilangan air yg normal, tp bagi yg aktif, lebih byk kadar kehilangan air dan mineral yg mesti diganti untuk ellakkan dehidrasi Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral mesti cepat diganti utk elakkan dehidrasi (masalah kekurangan air).

Kenapa ek air penting sangat?

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh jejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya kita tak sedar.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan :

1) Jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang.
Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ.

2) Keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

3) Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.


Dahaga Bila Kurang Air

Korang rasa nk tahu bdn kurang air or tidak , tunggu dahaga. Kurang tepat!
kerana dahaga bukan lah penunjuk yg tepat kepada ni.. terutamanya lah untuk kanak-kanak dan org tua sbb
badan mengadaptasi/menyesuaikan kepada keadaan kurang air, hinggalah dh jadi lebih serius.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.


Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat sangat letih, kalau kanak-kanak jadi tak sgt aktif
* Terlalu dahaga/haus
* Mulut korang kering
* Korang Mengantuk
* Air kencing sikit dan pekat
* Air mata terlalu sikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Kalau keadaan ini berterusan, bahaya yg tidak dijangka akan timbul seperti :

1) Hipovolemik (berlaku disebabkan jumlah darah yg dipam di organ berkurangan, jadi oksigen yg smpi ke organ dan tisu bdn tidak cukup.
Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

2) Otak juga boleh menjadi bengkak.
Biasanya air yang hilang dari badan ada garam galian dan untuk gantikannya, badan kena hasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.
Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

3) Sikap tak suka minum air menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, sbb buah pinggang tak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).
Jadi, Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

4) Demam. ini nyebabkan kita hilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.


Minum Air Semasa Penerbangan

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita hilang air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Tambah buruk jika kita minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.Atau pun kita kita yang ambil treatment/pil ni.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri kita.

Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas @ 4 botol mineral kecil @ 2 botol mineral besar.

Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!


JOM MINUM AIR KOSONG!

sumber :
http://www.myjuliaes.com/2009/12/bahaya-kurang-minum-air-kosong.html

mengapa jangan sombong, takbur dan angkuh...

‎6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum melakukan banyak dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan ketahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin disuatu ahari nanti dia insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT. Kitab Rayuan dan Janji Iblis
Laknatullah. M/S : 127




Wednesday, November 9, 2011

Berbuat Baik Kepada Makhluk

ALLAH s.w.t berkata, "Dan perlu kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang terdekat, rakat sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya ALLAH s.wt tidak suka kepada orang yang sombong , takbur dan membangga-banggakan diri".

-Surah an-Nisak, ayat 36-

Abdullah bin Umar melaporkan, Rasullah pernah berkata, "Seorang perempuan diseksa di dalam neraka kerana mengurung kucing sehingga mati. Dia tidak memberi kucing itu makan ataupun minum selepas ia dikurungkan dan tidak pula melepaskannya supaya ia dapat makan serangga dan binatang kecil yang melata di bumi."
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-


 

Template by:

Free Blog Templates